Kenali Saya








      Saya adalah ibu kepada lima orang anak,  empat lelaki dan satu perempuan. Memegang profesion perguruan.  Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Disember 1980.
      Memulakan pendidikan awal di SRK(1) Kuala Ampang,  saya kemudiannya meneruskan pendidikan di SMK Hulu Kelang.  Saya seterusnya berhijrah ke SMK (P)  Air Panas,  Setapak.
       Rezeki berpihak kepada saya apabila diterima masuk mengikuti program Matrikulasi UIA Petaling Jaya.  Saya meneruskan pengajian di UIAM Gombak mengikuti pengajian Sains Kemanusiaan.
       Setelah itu,  BPG menawarkan latihan perguruan pada saya.  Saya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan mengikuti opsyen Pendidikan  Prasekolah.
       Saya mengajar buat pertama kalinya di Kuala Lumpur.  Setelah berkahwin,  saya menetap di Johor Bahru.  Apabila memiliki rumah sendiri, saya,  suami dan anak-anak berpindah ke Pontian. Saya kini bahagia bersama  keluarga dan merancang untuk membina kediaman untuk ibu bapa saya tercinta berhampiran dengan rumah kami. Doakan impian saya ini menjadi kenyataan.  Robbi yassir wa laa tu assir..

No comments:

Post a Comment