Besarnya botol air..




Ada yang tanya kenapa saya suka usung botol air 2L ini ke hulu ke hilir..?

Jadi saya perlu terangkan dengan detail supaya mereka jelas sebab musababnya.

Sebelum tahun 2010, saya macam sebahagian daripada anda yang suka minuman sejuk dan manis. Jenuh mak saya suruh minum air kosong banyak-banyak namun saya degil. Saya terus begitu sehinggalah saya mendirikan rumah tangga.

Namun segalanya berubah apabila saya di tahan di Wad Bersalin HSA JB. Anak kedua saya bukan sahaja dimasukkan ke wad NICU, bahkan saya yakni emaknya turut di tahan kerana saya demam.

Kesihatan saya merosot dan jantung saya berdegup kencang. Doktor kata cuma ada dua  cara mengatasinya iaitu dengan menerima blood transplant atau yang kedua ialah dengan minum air dalam kuantiti yang sangat banyak.

Of course cadangan pertama iaitu blood transplant Saya tolak mentah2 kerana bimbang dahulu sewaktu anak pertama lahir saya bleeding dan perlu terima darah. Namun nasib saya kurang baik saya dapat darah yang kurang berkualiti. Natijahnya, badan saya kecuali muka ditumbuhi gegata. Merenyamnya Allah azza was jalla sahaja yang tahu.

So, saya pilih untuk buat inisitif sendiri dengan minum air semaksimum mungkin. Botol mineral water 1500ml sentiasa dalam dakapan saya. Asal kurang je saya top up. Alhamdulillah, denyutan jantung dan nadi saya kembali normal.

Sejak daripada hari itu, saya keluar rumah mesti ada botol besar isi air. Alhamdulillah, darah saya semakin pekat, kurang penat dan kadar denyutan jantung normal.

Apatah lagi sejak berjinak-jinak dengan Shaklee, minum air kosong minimum 3L menjadi keutamaan.

Satu lagi, air ni kan ada memori. Awak baca doa, zikir ,bercakap perkara yang positif pada air, insya Allah ia akan melekat dalam diri awak apabila awak minumnya.



No comments:

Post a Comment