Diabetes Mellitus dan Cerita Abah Saya






Assalamualaikum..

Abah saya mengalami DM diabetes Mellitus atau kencing manis setelah mengecapi saat berpencen ketika usianya awal 40-an. Biasalah,  askar kan ada skim pencen awal.

Abah ketara mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan minuman manis. Nasi abah selalu bertambah. Lauk-pauknya berasaskan santan dan minyak. Sayur memang ada. Tetapi biasanya sayur yang ditumis dengan minyak banyak dan mengandungi santan seperti masak lemak.

Antara serba sedikit perjalanan penyakit abah.

Dengan bacaan gula sebanyak 16, abah kekal menghidap diabetes sejak berpencen.  Yang memburukkan keadaan  ialah apabila penyakit abah meluaskan cawangannya kepada penyakit-penyakit lain.

Paling saya tidak boleh lupa ialah pada tahun 2004, ketika itu saya baru sahaja menamatkan pengajian di UIAM,  dan pada sehari sebelum raya 2004, abah mengalami kesakutan perut yang amat sangat.

Pagi raya saya ketika itu amatlah tidak bermakna apabila ditemani dengan suara abah mengerang dan mengrluh kesah akibat sakit.  Sakit abah adalah pada bahagian kiri abdomen dan di ulu hati.

Kulit dan mata abah juga bertukar warna menjadi kekuningan.  Macam jaundice,  laa.. Memang sedih sekali melihat situasi abah yang macam tu.  Setahu saya,  kalau gejala kekuningan ni biasanya ada kaitan dengan permasalahan hati.

Raya tahun itu macam tak raya kerana mak,  abah dan saya dua beradik bergilir-menjaga abah yang terbaring dan asyik mengerang kesakitan.  Ketika abah dah tak tahan sangat,  saya pernah dengar abah berkata,  "Ini kampung abah.  Andai kata abah mati di sini,  biar abah dikuburkan sebelah kubur arwah Tok, " sedih dengar kata-kata abah.  Masa tu memang bacaan Yassin lah yang menemani abah.  Saya pula seakan-akan akur jika apa-apa terjadi kepada abah.

Malam raya pertama abah dan adik-beradiknya ke Hospital  Pantai Ipoh. Satu ikhtiar agar abah dirawat di sana.  Sepanjang perjalanan, abah diiringi dengan bacaan Yassin dan Juz Amma daripada Opah,  yakni ibu abah.

Alhamdulillah, bayaran dibiayai sepenuhnya oleh pakcik saya . Abah telah kurang sakitnya.  Saya tidak pasti ubat apa yg diberikan oleh doktor di sana.  Tapi syukur sangat-sangat abah dah boleh berbual-bual.

Tiba masanya kami pulang ke KL daripada kampung halaman di Kuala Kangsar.  Mak cik saya memandu kami balik ke KL.  Abah tidak berapa sihat untuk memandu tapi masuk jr dalam kereta nak balik KL,  abah dah mula buat lawak dan bergurau - gurau seperti sudah sihat.  Alhamdulillah. Rawatan susulan di HKL dibuat dan setelah melakukan  prosedur endoskopi,  bahan asing yang terdapat pada abdomen abah sudah tiada.  Doktor menamakan sakit abah ni sebagai Gallstone in the Gallbladder,  atau dalam bahasa Sanskritnya ialah batu dalam pundi hempedu.

Abah menjalani kehidupan dalam hari-harinya bertarung dengan pembunuh senyap iaitu diabetes.

Pada tahun 2010, abah mengalami satu penyakit iaitu penyakit prostat.  Abah sukar buang air kecil dan sangat kerap ke toilet.  Kesian abah.

Lama juga penyakit prostat abah berlarutan.  Kini abah menderita penyakit buah pinggang.  Kegagalan buah pinggang abah dalam menjalankan tugas menapis sisa kumuhan menjadikan bahan kumuhan tersekat dalam tubuh abah.  Kencing misalnya mengandungi sangat banyak buih.  Rasa sakit dan sukar membuang aur kencing. Di samping itu,  abah juga mengalami kegatalan pada kulit dan bengkak kaki.

Kemuncaknya,  abah telah disahkan kegagalan buah pinggang peringkat akhir , End State Renal Failure dan mengakibatkan abah perlu menjalani hemodialisis.

Begitulah takdir hidup abah.  Pernah abah memberitahu saya " Muda-muda elakkan terkena diabetis.  Diabetis ni boleh jadi penyebab penyakit-penyakit lain"

Kata-kata abah masih saya pegang sehingga kini.

#pray4Abah

Klik di sini  untuk order VIVIX   produk Shaklee untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan menjadi jawapan penyelesaian kepada beberapa masalah kesihatan yang lain.








No comments:

Post a Comment