Vitamin ni supplement, bukan ubat







Assalamualaikum..
Saya nak throwback pada peristiwa yang berlaku pada 16 Mei 2018, yakni Hari Guru peringkat sekolah.

Nak dijadikan cerita,  salah satu aktiviti yang diadakan adalah pertandingan bola jaring. Saya target nak main semua game.y

Saya dah prepare mental dan fizikal kononnya. Di rumah dah minum minuman kesihatan. Since saya jual produk tu. Setiap hari itu sahaja sarapan saya.

So,  mmg excited la main first game. Tetiba belum habis game dah rasa lain macam.. Kamu tau tak. Mcm rasa hampir pitam. Orang putih kata.. Blackout la lebih kurang.  Tapi belum  pitam sebenarnya.  Benda ni dah lama tidak berlaku pada saya.

Untuk pengetahuan kamu semua,  saya sejak kecik mengalami anemia, walaupun keluma-lima anak saya dilahirkan secara normal,  namun semua kehamilan saya mengalami anemia. Saya dah lama tidak kena pitam-pitam  ni semua sejak ambil produk kesihatan, Shaklee


Tup tup pada hari bersejarah bagi kaum pendidik seperti saya,  saya hampir blackout. Objek di hadapan dah start hitam.  Saya rasa tidak mampu teruskan game berikutnya. Saya buat kerja lain. Kang pengsan kat padang naya ja. Dulu dah la beberapa  kali pitam masa phimpunan sekolah.

Nasihat saya,  minuman shake, khususnya ESP untuk  kecergasan boleh minum,  tapi sekiranya niat di hati ingin melakukan  aktiviti lasak,  patut makan. Makan solid food OK. khususnya yang mengandungi karbohidrat.  Sebab kamu nak gunakan tenaga yang banyak dan kalori yang tinggi.  Tidak cukup dia nak menampung tenaga yg terlalu banyak digunakan. Patutlah saya pernah lari dalam 15 km takde rasa pitam atau pening pun sebab saya dah take enough food.

Depression jangan ceritalah.  Saya dah lama mengidam nak main bola jaring dalam semua game.  Tiba-tiba jadi begini,  menjadi tamparan hebat untuk diri saya.  Saya berdiam diri dari rutin saya sharing tentang kebaikan produk Shaklee.

Tapi lama mana saya nak depressed?  Kita perlu terima dan mengakui kesilapan yang kita dah buat serta berharap agar ia tidak  akan berlaku.

Mula la saya rasa menyesal tidak beli  nasi lemak utk sarapan haritu.


No comments:

Post a Comment